Motivational Quotes

" I have realized that I should not regret any day of my life. Good days give me happiness, bad days give me experiences - both are essential to life. Happiness keeps me sweet, trials make me strong, sorrows keep me human, failures make me humble, success keeps me loving but God keeps me going"







16 May, 2010

Sajak Guru oh Guru oleh Usman Awang

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Post a Comment

Add THis button

Pulut Kuning Berhias

Pulut Kuning Berhias
Corporate order

Gym Themed Cake

Gym Themed Cake
Body builder cake

My 3D Fondant Cake

Cowboy Hat Cake

Cowboy Hat Cake

3D Chanel Handbag Cake

3D Chanel Handbag Cake

My Archive